JOHOR BAHARU, 15 Sept -- Sebahagian daripada 62 penumpang kelihatan turun daripada pesawat Firefly yang membuat pendaratan sulung dari Ipoh, Perak ke Johor Baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.Syarikat Penerbangan Firefly memulakan penerbangan langsung pertamanya dari bandaraya Ipoh ke Johor Baharu bermula hari ini dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu. Penerbangan tersebut yang menggunakan pesawat ATR-72 yang berkapasiti 72 tempat duduk memakan masa satu jam 25 minit. Ketibaan penumpang pertama Firefly ini disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA