PENGKALAN KUBOR, 15 Sept -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) beramah mesra bersama penduduk Kampung Ketil semasa mengadakan Walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor di sini hari ini.PRK DUN Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 Sept ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail, calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA