PENGKALAN KUBOR, 16 Sept -- Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (berdiri, tengah) bergambar kenangan bersama penerima sumbangan selepas Majlis Penyampaian Alatan Sukan kepada NGO Belia dan Sukan Daerah Tumpat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor di Sekolah Kebangsaan Bunohan di sini, hari ini.Turut kelihatan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Negeri Kelantan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan, Mohamad Azam Ismail (berdiri, empat, kanan).PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail, calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA