PENGKALAN KUBOR, 19 Sept -- Pembantu kedai, Che Noor Azemah Che Zainal Abidin, 23, menunjukkan nasi ayam kampung yang dibungkus untuk pelanggannya ketika tinjauan fotoBernama di Kedai Nasi Ayam Kampong Kak Moh di sini, hari ini.Kedai ini dibuka pada pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang dan pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam manakala pada hari Jumaat ia dibuka setengah hari sahaja. Sepinggan nasi dengan lauk ayam kampung atau itik boleh didapati dengan harga antara RM5 sehinga RM6. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA