PENGKALAN KUBOR, 22 Sept -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) merangkap Timbalan Presiden Umno melawat keluarga penduduk Kampung Pantai Tujoh, Nik Yusof Nik Hassan, 73, (tiga, kanan) sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor di sini, hari ini.Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan).Calon Barisan Nasional bagi PRK Dewan Undangan Negeri N.01 Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail akan bertanding bersama calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary pada 25 September ini.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA