NEW YORK, 23 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Isnin.Global STEM Alliance direka untuk menghubungkan pelajar dari seluruh dunia melalui platform usaha sama digital dan pembelajaran rangkaian sosial.Ia akan menyediakan kurikulum bertaraf dunia dan mentor kepada pelajar daripada pelbagai peringkat umur bagi memenuhi keperluan negara dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi berdasarkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.Inisiatif itu bertujuan memenuhi keperluan kritikal bagi pembangunan ekonomi dengan penciptaan kecelikan STEM dan memberi inspirasi kepada generasi muda meminati STEM dan bekerja dalam bidang ini.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA