KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Transport, Wan Mohd Zain Mohd Ismail (kanan) bersama Duta Sweden ke Malaysia, Bengt Carlsson cuba menguji sendiri kaedah keselamatan dalaman pada trak Volvo baharu pada satu sesi ujian keselesaan dan keselamatan trak tersebut selepas penyerahan kunci kepada pelanggan pertama di Malaysia oleh Volvo Malaysia kepada FELDA Transport dan majlis pelancaran trak volvo model baharu pada 'Asean Logistics and Transport Show 2014' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines di sini, hari ini.Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu berakhir pada 27 September ini dan mempamerkan pelbagai jenis model kederaan logistik untuk kegunaan industri dan komersial.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA