MARAN, 25 Sept -- Sebahagian daripada 105 orang penagih dadah yang berjaya ditahan dalam operasi 'Ops Indra Khas 2014' di Bandar Tun Razak, di sini semalam.Menurut Timbalan komander Special Tactical Intelligent Narcotic Group (STING) Bukit Aman, SAC Roslan Abd Wahid, kesemua mereka yang ditahan itu berusia lingkungan 18 tahun hingga 40an dimana empat daripadanya adalah wanita. Susulan daripada operasi tersebut pihaknya turut mengenalpasti 12 pengedar dadah warga tempatan dan usaha memburu mereka giat dijalankan.Katanya, operasi yang bermula sejak Isnin lepas sehingga lewat petang semalam melibatkan seramai 161 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang serta STING.Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA