IPOH, 1 Okt -- Pengusaha homestay Lim Lai Heng, 42, diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.Beliau mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.Bagi kesalahan itu, Lim boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA