KUANTAN, 3 Okt -- Pekerja syarikat pembekal kambing, Paiman Ramlan, 48 (kiri) dan Mohd Habib Alim, 32, cuba menangkap kambing-kambing yang telah dikumpulkan sebelum dihantar kepada pelanggan semasa tinjauan fotoBERNAMA di kandang ternakan kambing syarikat tersebut, di sini hari ini. Menurut Habib, pada Aidiladha tahun ini sebanyak 220 ekor kambing jenis parrel dari Australia berharga antara RM650 hingga RM900 seekor telah dijual kepada pelanggan untuk tujuan ibadah korban yang akan disambut umat Islam negara ini pada Ahad, 5 Okt 2014.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA