KUANTAN, 11 Okt -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada J. Saravanan pada majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.Seramai 2,493 graduan yang terdiri daripada 22 penerima Ijazah Sarjana Kedoktoran, 88 penerima Ijazah Sarjana, 1,510 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 873 Diploma manamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA