KUANTAN, 11 Okt -- Seorang kanak-kanak memilih bunga untuk dihadiahkan kepada ahli keluarganya yang tamat pengajian ketika hadir di majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Canselor UMP di sini, hari ini.Seramai 2,493 graduan yang terdiri daripada 22 penerima Ijazah Sarjana Kedoktoran, 88 penerima Ijazah Sarjana, 1,510 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 873 Diploma manamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA