KUANTAN, 11 Okt -- Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) yang juga sahabat karib Mohd Fathil Mohd Ismail (kanan) dan J. Saravanan berkongsi kegembiraan selepas majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Canselor UMP di sini, hari ini.Seramai 2,493 graduan yang terdiri daripada 22 penerima Ijazah Sarjana Kedoktoran, 88 penerima Ijazah Sarjana, 1,510 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 873 Diploma manamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA