PUTRAJAYA, 19 Okt -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hadir melepaskan peserta Larian Antarabangsa Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) sempena Persidangan CAPAM di perkarangan Istana kehakiman di sini hari ini.Persidangan dwitahunan CAPAM yang bermula hari ini hingga 21 Okt di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu" disertai kira-kira 1,000 peserta dari 53 negara anggota Komanwel dan badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA