ALOR SETAR, 19 Okt -- AGRO HUNT ROAD TO MAHA 2014... Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz (kiri) beramah mesra dengan pemenang pertandingan Agro Hunt Road To Maha 2014 di Mada Ampang Jajar di sini hari ini.Pertandingan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selama dua hari itu disertai 172 orang peserta dari pelbagai jabatan di bawah kementerian itu dengan jumlah 43 buah kereta.Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000. Para peserta pertandingan dilepaskan di Institut Pertanian Bumbung Lima, Seberang Prai dan berakhir di Kolej Pertanian Bukit Tangga, Kedah.--fotoBERNAMA (2014) HACIPTA TERPELIHARA