KUANTAN, 20 Okt -- Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan beramah mesra dengan pelajar yang menyertai pertandingan sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2014 Piala Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di sini hari ini.Karnival yang dianjurkan kali ke-2 oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian bersama Jabatan Pendidikan Negeri itu menghimpunkan aktiviti-aktiviti bahasa Inggeris di peringkat kebangsaan terutama yang berbentuk pertandingan selain menjadi pentas paling sesuai untuk mempromosikan perpaduan di kalangan murid serta rakyat.Seramai 930 murid beserta 176 guru pembimbing dari seluruh negara menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dalam aktiviti seperti Action Song, Story Telling, Poetry Recitation, Public Speaking (kategori menengah dan rendah), Scrabble dan Choral Speaking.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA