KUALA NERANG, 4 Nov -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, ASP Amran@ Mohd Zaki Omar (kiri) menunjukkan lokasi di dalam klip video yang tidak sama dengan keadaan yang terdapat pada bilik asmara Maktab Mahmud Padang Terap ketika melakukan siasatan di asrama sekolah tersebut di sini hari ini.Turut kelihatan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Maktab Mahmud Padang Terap, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof (kanan).Klip video selama 4 minit 37 saat yang membabitkan sekumpulan pelajar membelasah pelajar lain di asrama tersebar luas di dalam laman sosial Facebook yang turut mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA