KUANTAN, 5 Nov -- Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim (dua, kiri) menerima replika kunci daripada Pengarah syarikat Sasaran Etika Sdn Bhd, Datuk Seri Subahan Kamal (kanan) simbolik penyerahan tiga kolej kediaman (Mahallah) kepada pihak UIAM Kampus Kuantan di sini hari ini.Turut hadir Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin (dua,kanan) dan Pengarah UIAM Kampus Kuantan, Profesor Datuk Dr Tariq Abdul Razak (kiri).Tiga mahallah berkenaan iaitu Khalid Alwalid, Fatimah Azzahra dan Ummi Khalthum yang boleh menampung 5,000 pelajar itu dibina sejak April 2012 dan siap sepenuhnya pada Oktober lepas dengan kos sebanyak RM201.3 juta.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA