KUANTAN, 5 Nov -- Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim (depan, dua, kiri) berbual sesuatu dengan Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin (kiri) semasa melakukan tinjauan di persekitaran kolej kediaman (mahallah) selepas majlis penyerahan tiga mahallah oleh pihak kontraktor kepada pihak UIAM di Kampus Kuantan, di sini hari ini.Tiga mahallah berkenaan iaitu Khalid Alwalid, Fatimah Azzahra dan Ummi Khalthum yang boleh menampung 5,000 pelajar itu dibina sejak April 2012 dan siap sepenuhnya pada Oktober lepas dengan kos sebanyak RM201.3 juta.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA