KUANTAN, 5 Nov -- Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) menguji kemudahan katil yang disediakan semasa meninjau ruang bilik kolej kediaman (mahallah) sambil disaksikan tiga pelajar selepas majlis penyerahan tiga mahallah oleh pihak kontraktor kepada pihak UIAM di Kampus Kuantan, di sini hari ini.Turut hadir Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin (empat, kiri) dan Pengarah Syarikat Sasaran Etika Sdn Bhd, Datuk Seri Subahan Kamal (belakang, kanan).Tiga mahallah berkenaan iaitu Khalid Alwalid, Fatimah Azzahra dan Ummi Khalthum yang boleh menampung 5,000 pelajar itu dibina sejak April 2012 dan siap sepenuhnya pada Oktober lepas dengan kos sebanyak RM201.3 juta.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA