SINGAPURA, 28 Nov -- Skuad Harimau Malaya melawat sambil melihat kualiti padang Stadium Nasional Singapura di sini hari ini menjelang perlawanan terakhir kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014. Perlawanan terakhir bagi skuad Harimau Malaya menentang Singapura di stadium tersebut Sabtu ini diharapkan dapat menebus maruah skuad itu yang tewas kepada Thailand 3-2 Rabu lepas. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA