ALOR SETAR, 6 Dis -- Kelihatan ahli keluarga Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8, meninggal dunia disyaki akibat jangkitan kencing tikus menabur bunga rampai pada pusara Allahyarhamah ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Masjid al-Hidayah, Bukit Pinang dekat sini hari ini.Amirah meninggal dunia pada pukul 11.47 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini disyaki akibat jangkitan kencing tikus selepas demam panas sejak Rabu lepas.Dua adiknya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom yang sama selepas mereka bersama ibu bapa mereka pergi ke sebuah pusat rekreasi di Yan pada 20 Nov lepas.--fotoBERNAMA(2014) HAKCIPTA TERPELIHARA