ABU DHABI, 13 Dis -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) melayani sebahagian daripada kanak-kanak yang mengikuti didikan awal di Alnuballa Smart Reader Kids Nursery yang terletak di Mohammed bin Zayed City di sini selepas merasmikan pembukaan pusat asuhan itu baru-baru ini.Pusat Asuhan itu adalah cawangan francais pertama daripada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pendidikan pra sekolah Malaysia, Smart Reader Worldwide Sdn Bhd (Smart Reader) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.Syarikat itu kini mengembangkan sayap francaisnya ke Emirate Arab Bersatu (UAE) setelah bertapak kukuh di beberapa buah negara yang kebanyakannya di Asia Tenggara. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA