IPOH, 20 Dis -- Tempoh tahanan reman suspek dipercayai anggota Geng Mamak yang ditahan sepasukan polis di sebuah rumah pada pada 6 Disember lepas, dilanjutkan enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Suspek lelaki, yang berusia 52 tahun itu berasal dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar, bersama-sama teman wanitanya yang berusia 33 tahun ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Desa, Kampung Tawas di sini pada 6.20 petang 6 Disember lepas.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA