DUBAI, 22 Dis -- Ketua Pegawai Eksekutif Eversendai Offshore RMC FZE (berbaju kot) menyampaikan taklimat kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kanan) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Kamarudin Husin (tiga dari kanan) mengenai syarikat itu yang kini bertapak kukuh di United Arab Emirates (UAE).Syarikat yang beribu pejabat di Rawang, Selangor itu kini terbabit dalam kegiatan minyak dan gas terutama pembinaan pelantar dan penyenggaraannya.Eversendai yang mula beroperasi pada 1982 mencipta namanya di luar negara dengan turut terbabit menyumbang kepada beberapa bangunan mercu tanda termasuk Burj Khalifa di Dubai yang mencatat nama sebagai bangunan tertinggi di dunia.Taklimat itu disampaikan semasa Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP ke syarikat itu baru-baru ini.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA