KUANTAN, 27 Dis -- Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) membungkus makanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Kuantan di sini, hari ini.Seramai 278 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UMP turut membantu mangsa banjir sekitar Kuantan.Sukarelawan ini membantu petugas dan agensi-agensi yang terlibat di pusat penempatan banjir dalam menguruskan bekalan makanan, memasak dan yang berkaitan dengan usaha.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA