TEMERLOH, 30 Dis -- Anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muhammad Riayatuddin Shah berkenan membantu menyusun kampit-kampit beras yang akan didermakan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh di sini, hari ini.Penempatan yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera telah dilanda banjir besar selepas Taman Negara Kuala Tahan mengalami banjir luar biasa. Menurut ramalan Jabatan Meteorologi hujan lebat di Pantai Timur akan terus berlarutan hingga minggu depan.Setakat ini, terdapat kira-kira 240,000 mangsa banjir di seluruh negara.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA