KUANTAN, 2 Jan -- Nazri Awang Ahmad, 38, membawa keluar 10 ekor kambing peliharaannya ke tempat selamat menggunakan perahu selepas hampir keseluruhan kawasan Kampung Semangat ditenggelami air semasa tinjauan fotoBernama di sini hari ini.Menurutnya, sebanyak dua ekor kambing dewasa dan empat ekor yang baru dilahirkan gagal diselamatkan dipercayai lapar dan kesejukan setelah hampir seminggu terperangkap di kandang.Kampung Semangat yang terletak dalam daerah Kuantan bersempadan dengan daerah Pekan kini dilanda banjir sejak lapan hari lepas berikutan limpahan air sungai Pahang yang mengalir turun dari kawasan Taman Negara.Sehubungan itu 473 penduduk dari 120 keluarga di kampung itu terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Penjara Penor.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA