KUANTAN, 2 Jan -- Shafie Awang Ahmad, 30, melihat dua ekor kambing dewasa dan empat anak yang baru dilahirkan mati dikandang dipercayai akibat kesejukan dan kelaparan semasa usaha menyelamatkan kambing peliharaannya semasa tinjauan fotoBernama di Kampung Semangat di sini, hari ini.Bagaimanapun dia berjaya menyelamatkan baki 10 ekor yang lain sebelum turut menjadi mangsa banjir kerana paras air dikatakan semakin naik.Kampung Semangat yang terletak dalam daerah Kuantan bersempadan dengan daerah Pekan kini dilanda banjir sejak lapan hari lepas berikutan limpahan air sungai Pahang yang mengalir turun dari kawasan Taman Negara.Sehubungan itu 473 penduduk dari 120 keluarga di kampung itu terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Penjara Penor.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA