KOTA BAHARU, 3 Jan -- Orang ramai mendapatkan pakaian yang dilelong selepas banjir yang melanda negeri ini di sini hari ini. Di Kelantan, walaupun cuaca mendung dengan hujan sedikit-sedikit di beberapa tempat, lebih banyak mangsa banjir sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Setakat ini, jumlah mangsa menurun kepada 24,020 orang yang berada di 114 pusat pemindahan berbanding 26,029 orang malam tadi,-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA