TEMERLOH, 8 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melambai tangan ke arah penduduk Kampung Lebak ketika meluangkan masa kira-kira dua jam melawat dan melihat kesan banjir besar di daerah Temerloh di sini, hari ini.Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.Daerah Temerloh tahun ini dilanda banjir besar selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa menyebabkan perkampungan di persisiran Sungai Pahang musnah dilanda banjir.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA