PEKAN, 8 Jan -- Seorang penduduk memasang pukat di hadapan rumahnya yang masih ditenggelami air semasa tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Telok, di sini hari ini.Meskipun kebanyakan kawasan yang dilanda banjir di negeri ini sudah surut dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan namun di daerah Pekan beberapa kampung termasuk Kampung Telok, Kampung Pulau Rusa dan Kampung Sawah masih lagi ditenggelami air berikutan limpahan air Sungai Pahang yang mengalir turun dari Taman Negara Kuala Tahan.-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA