PASIR MAS, 12 April -- Seramai 34 pelajar yang dikesan memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan di Pengkalan Haram Pohon Jambu, Rantau Panjang dekat sini pagi tadi ditahan bagi menjalani proses dokumentasi.Difahamkan, kesemua pelajar berkenaan adalah dari sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah termasuk sekolah agama melibatkan 22 perempuan dan 12 lelaki berusia antara tujuh hingga 16 tahun.Berdasarkan siasatan awal polis kumpulan pelajar itu dikesan kira-kira 7 pagi ketika sepasukan anggota Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 PGA Kuala Terengganu sedang menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan sempadan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA