KOTA BAHARU, 28 Nov -- Longgokan sampah-sarap yang dihanyutkan ombak besar terdampar di hadapan pintu masuk calet "Tiram Beach Resort", Pantai Kuala Pak Amat di sini.Menurut pengusaha calet berkenaan, Nik Khairuddin Nik Aziz, 33, ancaman ombak besar memaksanya menghentikan seketika operasi 14 unit caletnya yang kini semakin dihampiri air laut.Beliau tidak menolak sekiranya calet yang mula beroperasi sejak tahun 2002 itu, mungkin terpaksa dihentikan buat selama-lamanya atas faktor keselamatan.Bukan dia sahaja yang berdepan dengan masalah itu, penduduk di tiga buah kampung di sepanjang pantai itu iaitu Kampung Pulau Pisang, Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pulau Pak Amat di Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini, turut diselubungi perasaan takut dan bimbang yang amat sangat.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA