KOTA BAHARU, 28 Nov -- MIMPI NGERI ... Saban tahun apabila tibanya musim tengkujuh, penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Pulau Pisang, Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pulau Pak Amat di Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini, akan diselubungi perasaan takut dan bimbang yang amat sangat.Apa kan tidaknya, ancaman ombak besar Laut China Selatan yang kadangkala mencecah sehingga tiga meter itu menjadi mimpi ngeri dan semakin mengancam nyawa serta harta benda penduduk di kampung-kampung itu.Kerajaan negeri kini sedang melakukan apa yang terdaya untuk membantu penduduk terlibat malah pembinaan benteng di kawasan terlibat dengan hakisan telahpun dilaksanakan oleh JPS Kelantan.Bagaimanapun, pembinaan benteng tidak dapat dilaksanakan sekaligus di sepanjang kira-kira 70 kilometer pesisir pantai negeri Kelantan kerana ia melibatkan peruntukkan kos yang tinggi.Penduduk tempatan, Nawi Mahmood, 75, melihat ombak besar yang menghakis tebing Pantai Kuala Pak Amat di sini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA