BALING, 17 Nov -- Yahya Che Matt, 56, yang parah menerima rawatan di Hospital Baling selepas mukanya melecur disambar api dapur dalam rumahnya ketika hendak memasak untuk makan tengah hari di Kampung Telok Pendiat di sini, hari ini.Pada kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa dikatakan disambar api secara tiba-tiba apabila beliau membuka api dapur gas dalam rumahnya di sini.Yahya yang dalam keadaan parah dikatakan menunggang sendiri motosikal sejauh 500 meter untuk meminta bantuan di sebuah rumah yang sedang mengadakan majlis kenduri kahwin.Beliau yang dalam keadaan kritikal dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star sebelum meninggal dunia di hospital itu.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA