KANGAR, 12 Jan -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk, kiri) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak ketika melawat Perpustakaan Bistari Samsung (Samsung Smart Library) selepas Majlis Pelancaran Perpustakaan Bistari Samsung di Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis di sini hari ini.Turut sama, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung, Roh Jee Yeol (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Nafisah Ahmad (kanan).-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA