PULAU TIOMAN, 3 Nov -- Bot pukat tunda yang ditahan di kawasan Taman Laut Pulau Tioman di sini, baru-baru ini.Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) pada 29 Okt lepas, berjaya menahan sebuah bot pukat tunda itu kerana menangkap ikan di kawasan taman laut itu dalam operasi rondaan yang dilakukan kira-kira pukul 5 petang. Ketika ditahan bot yang didaftarkan di Kota Tinggi, Johor itu sedang menangkap ikan di kawasan kira-kira 0.4 batu nautika daripada Pulau Tioman.Taman Laut ialah kawasan zon perairan laut sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah sebagai suaka untuk perlindungan ekosistem marin terutama terumbu karang serta flora dan faunanya.Antara aktiviti yang dilarang dilakukan di dalam taman laut ialah semua aktiviti penangkapan ikan dan kegagalan mematuhi sebarang peraturan Taman Laut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA