PUTRAJAYA --13 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan ceria semasa menyampaikan sijil pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Bizpitch kepada Syafeeq Mohd yang mengusahakan Kedai Pelikat Pop-Up selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.Turut sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Munyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (tiga kanan). --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA