TEHRAN 21 Dis -- Pemandangan cantik kotaraya Tehran berhampiran Gunung Alborz yang diliputi salji yang dirakam lensa fotoBernama di sini, Ahad. Kotaraya Tehran dihuni kira-kira 12 juta orang dari keseluruhan penduduk Iran yang berjumlah 72 juta orang.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan lawatan selama empat hari ke Iran bermula hari ini.Lawatan Abdullah kali ini yang bertujuan untuk memperkemaskan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang turut disertai isteri beliau Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed serta pengurusan kanak Proton.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA