JOHOR BAHARU, 20 Dis -- Imam Masjid Sultan Abu Bakar yang juga Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru Datuk Mahat Mohd Said menikahkan penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani dengan pasangannya Nora Ashikin Rahmat (kanan) atau nama popularnya Ekin pada upacara yang berlangsung di masjid itu di sini, hari ini.Dengan hanya sekali lafaz, Mawi, 27, yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada Ekin, 29.Upacara itu gilang gemilang itu disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen berbayar, Astro disaluran 106.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA