KUANTAN, 19 Jan -- Delegasi Bulan Sabit Merah Emeriah Arab Bersatu (UAE) bergotong royong mengusung tilam untuk disumbangkan kepada salah satu penduduk yang paling teruk terjejas banjir di Kampung Semangat, di sini hari ini.Ketua delegasi berkenaan, Muhammad Yusuf Muhammad Salleh berkata lebih 100 keluarga kampung itu diberikan sumbangan banjir berupa pakaian sekolah, beg sekolah, selimut, tuala, dan dapur.Selain itu seramai empat buah keluarga yang paling teruk terjejas di situ turut disumbangkan barangan perabot iaitu set sofa, almari pakaian dan katil.Menurut Muhammad Yusuf, pihak karajaan UAE dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan sumbangan secara terus kepada 15 ribu buah keluarga yang terjejas banjir di sekitar daerah Kuantan dan Pekan.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA