KUANTAN, 19 Jan -- Ketua delegasi Bulan Sabit Merah Emeriah Arab Bersatu (UAE), Muhammad Yusuf Muhammad Salleh (depan,kiri) bersama sukarelawan dan penduduk bergotong-royong mengangkat barang untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Semangat, di sini hari ini.Delegasi seramai empat orang yang mewakili kerajaan UAE itu membawa barang bantuan berupa pakaian sekolah, beg sekolah, selimut, tuala dan dapur untuk lebih 100 keluarga di kampung itu yang terjejas banjir baru-baru ini.Selain itu seramai empat buah keluarga yang paling teruk terjejas banjir di situ turut disumbangkan barangan perabot iaitu set sofa, almari pakaian dan katil.Menurut Muhammad Yusuf, pihak UAE dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan sumbangan secara terus kepada 15 ribu buah keluarga yang terjejas banjir di sekitar daerah Kuantan dan Pekan.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA