JOHOR BAHARU, 20 Dis -- Para pengiring bersama 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan, Nora Ashikin Rahmat atau Ekin sebelum upacara akad nikah pelakon/model itu dengan penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar yang juga Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru Datuk Mahat Mohd Said.Dengan hanya sekali lafaz, Mawi, 27, yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada Ekin, 29.Upacara gilang gemilang itu disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen berbayar, Astro disaluran 106.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA