JOHOR BAHARU, 20 Dis -- SAMA CANTIK SAMA PADAN ... Penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani, dan isterinya Nora Ashikin Rahmat atau Ekin melambai ke arah peminat-peminatnya selepas upacara akad nikah pasangan itu di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.Mawi dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar yang juga Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru Datuk Mahat Mohd Said.Dengan hanya sekali lafaz, Mawi, 27, yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada Ekin, 29.Upacara gilang gemilang itu disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen berbayar, Astro disaluran 106.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA