SERDANG,24 Jan -- Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim ke dalam van jenazah di bilik mayat Hospital Serdang bagi di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini.Mohammad Azlan, 24, yang juga juara pecut Sukan Para Asia dan atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna, 25, dikatakan menunggang motosikal untuk ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA