GEORGE TOWN, 27 Jan. -- Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya menunjukkan ular tedung sepanjang empat meter yang ditangkap di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar petang semalam.Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, ular seberat 9 kilogram berjaya ditangkap selepas hampir setengah jam menyorok di kawasan semak sebuah rumah.Ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan selanjutnya.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA