PUTRAJAYA, 29 Jan -- Sidang media pengumuman khas perkembangan terkini kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dibatalkan di sini hari ini.Bagaimanapun, sidang media tersebut yang dijadual berlangsung pukul 3.30 petang tadi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4, Putrajaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA