PUTRAJAYA, 29 Jan -- Isteri dan anak kepada Mohd Hazrin Hasnan, Krew Penerbangan Pernerbangan Malaysia MH370, Intan Maizura Othaman dan Muhammad meninggalkan perkarangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas sidang media pengumuman khas perkembangan terkini kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dibatalkan di sini hari ini.Sidang media tersebut dijadual berlangsung pukul 3.30 petang tadi, namun ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4, Putrajaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan waris mangsa. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA