KOTA BHARU, 11 Jan -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan (tiga, kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Kelantan dengan penahanan tiga lelaki tempatan serta rampasan 52 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.92 juta dalam dua siri serbuan di Kuala Krai pada 3 Jan lepas.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA